Kuching, Sarawak, Aku datang!!! - Jiakreatifelt

Jun 7, 2017

Kuching, Sarawak, Aku datang!!!


Ini adalah 1st time aku travel ke Kuching, Sarawak, jadi aku excited sangat2.Kali ni aku pergi dengan kawan baik aku.


Kerana terlampau eksited, aku dah pack baju dan barang2 untuk bawa p Kuching ni 3-4 hari awal.

Orang kata bersedia awal itu baik.(even sebenarnya aku ni jenis suka packing last minute).

Sempat la beli buku tour guide Kuching, and tanya member2 aku yang pernah ke sana. Apart from that, aku baca banyak blog yang cerita macam2 pasal Kuching dan apa yang kena buat bila kat sana, nak makan apa kat sana, tempat2 yang best2 kat sana..dan paling penting, aku kena la cari hotel untuk aku stay kat sana selama 2 hari 1 malam.

Memandangkan kitaorang berdua, jadi aku cari bilik yang ada king size bed or 2 twin bed. Mostly,kawan aku dan juga blog yang aku baca, syorkan untuk stay kat Pullman Kuching. According to the reviews, aku akan dapat tengok pemandangan yang menakjubkan dari Bandar Kuching dan Sungai Sarawak, dan Pullman Kuching juga menawarkan bilik yang luas dengan hiasan kontemporari serta mewujudkan persekitaran mewah 5 bintang dan suasana yang sangat selesa. Inilah baru dikatakan bercuti! Dapat release tension dan melupakan seketika kerja yang bertimbun di pejabat.


Due to positive feedback and reviews, aku terus book pullman kuching via traveloka tanpa ragu-ragu lagi. But prior to that, aku sempat usha kot-kot ada special offer on Pullman Kuching online. Bila dah tengok harga yang hotel tu offer kat Traveloka, aku dan member aku terus book bilik 2 twin bed, so dapat privasi skit nanti. And to my surprise, Traveloka ada bagi diskaun wei!! Teruja dapat harga murah, lagi excited la ktorang. Bercuti dan dapat diskaun..mengancam …kan.

THANKS TRAVELOKA



Masa yang dinanti-nanti kan dah tiba. Sampai je di Kuching, ktorg terus call uber untuk ke hotel. Jarak dari airport Kuching p Pullman hotel ni dalam 15-20 min. Sampai je hotel, ktorg terus siap2 nak cari makan. Lapar bak hang! Ktorg jumpa this one place yang nice. Tempat tu nama TopSpot Food Court.Kenapa kiteorang pilih Topspot? ini gara-gara terpengaruh dengan review blogger katanya tempat tu THE BEST SEAFOOD dan murah. Korang kene pilih sebab banyak stall kat situ dan insyAllah halal.Korang akan jumpa udang galah, sotong, udang harimau, ketam dan many more. Memang puas hati. Ktorg makan sampai tak ingat dunia!

                                            
Lepas tu, ktorg berkunjung ke Fort Margherita, kat situ adalah sebuah kubu lama dibina pada tahun 1879 oleh Charles Brooke, Raja Sarawak terletak di Kuching, Sarawak, Malaysia. Kubu ini adalah sebuah mercu tanda dan tugu dalam sejarah Sarawak yang bermula dengan Dinasti Brooke. Kubu ini, dibina dalam gaya sebuah istana kota Inggeris, direkabentuk untuk melindungi Kuching dari serangan lanun. Ia digunakan sebagai sebuah Muzium Polis dari 1971 sebelum ia diserah kepada kerajaan negeri Sarawak dan kini ia merupakan salah satu tarikan pelancong di Kuching.



Pada sebelah malam pulak, ktorg pekena mee kolok Sarawak yang sangat famous di tepi sungai Sarawak. Memang sedap, sampai sekarang masih teringat. Keesokan hari tu, ktorg ke Pasar Serikin, kat situ adalah tempat membeli-belah yang teletak di antara sempadan Malaysia dan Indonesia. Dekat je dengan Kalimantan. Pasar ni buka hari Sabtu dan Ahad ja, Hari lain tak buka. Dari hotel nak p pasar Serikin ni ambil masa dalam 1 jam 10 min camtu la. Pasar Serikin ni pun tempat yang wajib p kalau dak nanti menyesal tak sudah. Kat situ macam2 barang ada dijual macam gitar, ukulele, beg kraf, kebaya ala2 Kebaya Nyonya dari Indonesia. Tempat ni macam pasar di Padang Besar, Perlis. Cumanya, Pasar Serikin ni besar sikit dari bazar Padang Besar tu.

Waktu petang, ktorg terus p ke Damai Beach untuk mandi-manda kat situ, pemandangan dia memang cantik dan kita bole nampak Gunung Santubong. Selepas tu ktorg ke Kampung Budaya Sarawak dan ini ada lah satu tarikan yang menarik di mana ia merupakan mikrokosma budaya seluruh Negeri Sarawak. Digelar sebagai 'muzium hidup', kampung ini mempamerkan gaya hidup dan kediaman tradisional daripada kumpulan etnik utama di Sarawak. Antara barangan yang dipamerkan adalah peralatan memasak, peralatan tradisional, alat muzik dan banyak lagi. Kemuncak lawatan di sini ialah persembahan kebudayaan diadakan pada pukul 11.30 pagi dan 16:00 setiap hari.

Keesokannya, ktorg check out pukul 8 pagi dan pihak hotel juga telah menyediakan shuttle untuk ke airport jadi lagi senang kerja kami, tak payah call uber or teksi. Ktorg boarding dan balik ke Semenanjung dengan hati yang puas hati walaupun ada lagi tempat yang belum kami terokai lagi.

Takpelah, tu plan lain kali ..
InsyaAllah bersama suami…J

Sekian berakhir percutian kitorang yang singkat.
P/S: Tiada sajian gambar- gambar menarik.


4 comments:

  1. seronok pegi sarawak..makanan sana murah. rasa nak pegi lagi

    ReplyDelete
  2. bestnya dpt pergi sarawak, sha blm jejakkan kaki lgi..haha apapun sha dah follow awak

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah ade rejeki ..sampe lah kite ke sana..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

@templatesyard