HSG kali ke 2

by - July 22, 2017


                                                              sumber:google

Assalamualaikum

Entry ni memang kurang gambar(asenya takde gambo langsung) sebab malas nak tangkap.Just nak share dengan korang,perjalanan aku dan suami untuk mendapatkan zuriat.InsyaAllah doakan kitorang.

Sekarang nie,aku meneruskan rawatan kesuburan dengan doktor sakit puan di Klink Raoofah Silibin Ipoh Perak.Dalam 20 minit dari rumah.

Sebenarnya ini kali yang keberapa kali ntah kami mendapatkan rawatan kesuburan di klinik berlainan.Semuanya menemui jalan buntu.Bukan sebab kami tak series tapi kekangan waktu dan masalah kewangan ...

Doakan kali ini kami lebih fokus dan Allah mudahkan,amiin.

15/7/17: Appoitment kali kedua selepas pertama kali kami datang pada bulan puasa( Seminggu nak raya)
Pada pertemuan kali pertama macam biasa doktor bertanyakan sejarah aku dan pernah kah kami mendapatkan rawatan sebelum ini.Selepas menerangkan serba sedikit,doktor mencadangkan untuk membuat HSG pada pertemuan seterusnya.

Apa itu Histerosalpingografi?

Histerosalpingografi (HSG) adalah jenis sinar-X khusus yang digunakan untuk memeriksa rahim dan tuba falopi wanita. Histerosalpingografi merupakan tindakan pemindaian radiologi yang non-invasif dan sedikit tidak nyaman yang menghasilkan gambar dari rahim dan tuba falopi untuk membantu dokter mendiagnosis gangguan yang dialami pasien.

Untuk makluman korang,Sebelum ini aku ada je buat HSG di Perak Community Specialist Hospital, Ipoh.Kos dalam RM250

sumber: google

Masa tu,doktor kate tak buleh buat.mungkin dinding rahim aku melekat kerana proses masukkan dyi(cecair) tidak berjaya.Seolah ada blocking.

Sedey tak bile korang dgo macam tu?
Rasa kecewa yakmat ...kecewa dengan diri sendiri dan macam2 perkara negatif yg aku fikir.
Allah ..mase tu hanya Allah je yang tahu,

Doktor suggest utk lakukan minor operation, OVARIAN DRILLING.
Apa menantang tu?korang gogel kalu nak tahu.
Aku dan suami menolak ..itupun selepas berbincang dan nak dekat terikh operation yang disetkan baru aku bagi confirmation akhir.
Jadi kitorang stop rawatan kesuburan di doktor pakar sakit puan tersebut.

Berhenti beberapa lama.akhirnya terbuka hati aku untuk meneruskan rawatan di klinik lain.Jaid pilihan kami di sekarang.KLINIK RAOOFAH.

so,kali kedua aku melakukan HSG.Memang nebes wey,, malam tu aku buat solat hajat minta Allah mudahkan dan jgn lah ada berita yang takbest nanti.Amiin.Series aku tak kuadd...😅
Dan esoknya alhmdulilah segalanya berjalan lancar.Doktor kate rahim ok,tiada sumbatan pada tiub fallopion(act dua kali aku double confirm dengan doktor betul ke ...?)
cuma ovari je ada telur2 tak matang.

Jadi doktor suggestkan aku terus makan metformin, asid folik dan ubat turun darah(makan selama seminggu) dan ubat clomid.(makan bile period hari kedua- keenam)
Doktor pesan jika dah period kol dia.Mungkin die nak aku mai sekali lagi untuk tengok progress telur ..


p/s:
maaf chuols entry kali ni botak tanpa gambar..sebab aku ni jenis ikut mood.
Kebetulan dat time mood aku kelaut..hihihi.

Aku tengah tunggu cik P mai je nie.Korang doakan lah yang baik2 utk kami berdua nie..ye.
Teringin sangat nak zuriat sendiri...




You May Also Like

4 comments

  1. Insha Allah... Yakin dengan Allah... Rakan saya 8 tahun kahwin .. akhirnya dia pasrah dan kumpul duit nak buat tabung uji dah... Namun, rezeki Allah... Tepat pada masa dia mengandung normal sedangkan 8 tahun tu dia tak pernah hamil langsung... Dan dua tahun berturut-turut Allah bagi dia Rezeki Mengandung secara normal je... Alhamdulillah... InshaAllah jia... Ada rezeki tu nanti.. banyakkan doa, berserah pada Allah sepenuhnya... Banyakkan doa, zikir dna sedekah.. Insha Allah..

    ReplyDelete
  2. menarik juga cerita nie..

    saya faham kita diuji dengan belum ada cahaya mata..

    teruskan berusaha dan berdoa

    ReplyDelete
  3. InsyaAllah amin....teruskan doa dan usaha...ada hikmahnya pergi banyak klinik...

    ReplyDelete
  4. Sabar yer.. .inshaAllah waktunya akan tiba =)

    ReplyDelete