Azab siksaan bagi yg meninggalkan solat

by - August 15, 2017



*ُالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*
      *بِسْمِ اللهِ الرَّحمَٰنِ الرَّحِِيم*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ*
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*

*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*

*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*

*🌹PERKONGSIAN🌹*
*Ustaz Zawawi Ibrahim*
_(masjid padang temusu)_
*KITAB TANBIHUL GHAFILIN*

➡️Solat ialah hubungan kita dgn Allah. Kalau kita meninggalkan solat maknanya kita tiada hubungan dgn Allah.

➡️Para sahabat bertanya lagi : _“Apa yang menyiksakan ketika bertemu Tuhannya ?”_
Rasulullah bersabda :
*"Disuruh oleh Allah akan malaikat dari segala malaikat azab dan pada tangannya suatu rantai panjangnya 70 hasta, maka digantungkan pada lehernya, dan dimasukkan rantai itu pada mulutnya, dan dikeluarkan dari duburnya. Kemudian dihela (disentap) atas mukanya dan atas belakangnya. Kemudian malaikat pun berkata : “Inilah balasan orang yang meninggalkan sholat fardhu yang disuruh oleh Allah.” Kemudian membawanya ke neraka.* Dikatakan Abdullah bin Abas ra. : “Jikalau dijatuhkan rantai itu kepada bumi, niscaya terbakar bumi ini.”
Siksaan di atas bukan hanya utk org yg tidak solat tapi juga utk mereka yg solat:

  • solat sambil lewa.
  • solat acuh tak acuh, solat bila ada org tengok.
  • hanya badan yg solat tp hati ada ditempat lain.
  • Utk lelaki lebih baik solat berjemaah dimasjid supaya pahala solat berjemaah dpt menampung kealpaan kita didlm solat.

➡️Bila berdiri di atas sejadah niat dlm hati nak jumpa Allah. Lakukan yg terbaik krn siksaan dr Allah amat dasyat. Seperti disebut ddlm Al Quran dan supaya kita tidak _diseksa dimasyar krn solat kita yg kita abaikan:_
▪️ Surah Muzammil :12-13
• *Kerana sesungguhnya di sisi Kami disediakan (untuk mereka) belenggu-belenggu dan neraka yang menjulang-julang, {73:12}*
• *Serta makanan yang menjadikan pemakannya tercekik, dan azab seksa yang tidak terperi sakitnya. {73:13}*

▪️Dan dlm surah Ibrahim:
• *(Ingatlah), sesungguhnya pokok Zaqqum, - {44:43}*
• *(Buahnya) menjadi makanan bagi orang yang berdosa (dalam neraka). {44:44}*
• *(Makanan ini pula panas) seperti tembaga cair, mendidih dalam perut, - {44:45}*
• *Seperti mendidihnya air yang meluap-luap panasnya. {44:46}*

➡️Hadis riwayat Abu Hurairah kata nabi muhammad saw _awal2 ibadah yg akan dihitung ialah solat._
Malaikat akan bertanya kpd kita nanti :
*i - adakah kita solat?*
*ii- cukup tak kita solat?*
*iii-Kusyuk atau tidak  solat kita?*
Maknanya disini semua kita akan ditanya, tiada terkecuali jadi sudahkah kita bersedia dgn jawapan.

➡️Lakukanlah solat2 sunat yg kita tahu supaya pahala2 solat sunat itu dapat menampung kekurangan pada solat fardhu.
 Allah berfirman: “Periksalah, adakah hambaku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?” Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain.”
*والله أعلم بالصواب*
 _(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)_


You May Also Like

2 comments

  1. Terima kasih atas perkongsian ilmu tu.

    Memang solat sangat dititik beratkan untuk kita yang bergelar muslim.
    Nampak remeh tapi sebenarnya sangat berat. Solat hanya 5 minit paling kurang tapi masih ramai yang tidak mampu melakukannya. Bagaimana mahu menyelesaikan masalah kehidupan andai masalah solat pun tidak selesai.

    ReplyDelete