Mar 27, 2017

DALAM PROSES NAK TERMINATE YES~

Assalamualaikum wbt

Aku dan suami dah sepakat untuk terminate YES ..
Kami start subscribe internet YES pada bulan Mac 2015.Kalau ikut kontrak, tempoh untuk terminate adalah selama 2 tahun.YES ini digunakan untuk senang aku buat kerja-kerja editing blog dan dalam masa yang sama kami menggunakan SKYBOX yang mana memerlukan line internet.

Kami ambil plan unlimited.Memang rasa berbaloi sebab gunalah banyak mana pun nilai setiap bulan tetap sama,RM94.35 termasuk postage.


ni gambar aku kidnap dari google

Kenapa kami nak terminate?

sebab kami nak kurangkan perbelanjaan tambahan kami masing2 dah pakai postpaid ..
Disamping nak try cari plan internet yang murah untuk disambungkan kepada SKYBOX nanti..

Apa yang perlu aku buat untuk terminate?

Mula-mula aku email kat customer service dan minta depa gtau macam mana cara nak terminate..

so ini lah jawapan depa:

Dear Najjah,

Thank you for contacting YesCare.

With reference to your inquiry, you may request for account termination at nearest Yes store or via email.Kindly provide us below details for further assistances;

Yes id :
Account No:
Contact No:

Alternatively, if you are in need of any clarification or if there are further inquiries, feel free to reach us via email to yescare@yes.my or call our Interaction Center at 018-333 0000 for further assistance :-

Mon-Sun & Public Holidays: 8am – 11pm

Always at your service,

Mala
Customer Advocate
yescare@yes.my

so..segala yang diperlukan telah pun dilengkapkan..jadi tunggu je termination sebelum masuk bulan depan ..

Mar 24, 2017

Alhamdulillah..akhirnya

Assalamualaikum

Lulus jugak ujian menaip aku.Semalam dapat msg mengenai keputusan ujian menaip boleh disemak.
Berdebar sangat hati sebab hanya yang baca entry aku sebelum ini akan faham perasaan aku

BACA SINI

So selepas ini tak payah pikir nak hadap ujian ini segala.Syukur dan terimakasih kepada yang mendoakan ..




Mar 16, 2017

JASMANI VS ROHANI

Seorang Profesor Muslim di Jepun melakukan penyelidikan yang luar biasa, hasil kajiannya mendapati bahawa kebanyakan penyakit jasmani adalah disebabkan penyakit rohani  :



1. Ternyata masalah appendiks bukan hanya diakibatkan kerana kesalahan pola makan, tetapi lebih didominasi kerana stress/jiwa tertekan.

2. Darah tinggi bukan hanya diakibatkan oleh terlalu banyak mengambil makanan yang masin, tapi kerana kesalahan dalam mengurus emosi.

3. Kolesterol bukan hanya diakibatkan oleh makanan berlemak, tapi rasa malas berlebihan yang menyebabkan menimbun lemak.

4. Asthma bukan hanya kerana terganggunya bekalan oksigen ke paru-paru, tetapi kerana sering merasa sedih yang membuat kerja paru-paru tidak stabil.

5. Diabetes bukan hanya kerana terlalu banyak mengambil makanan bergula, tetapi sikap ego dan keras kepala yang mengganggu fungsi pankreas.

6. Penyakit liver (hati) bukan hanya kerana kesalahan rutin tidur, tapi sifat suudzon(sangka buruk) kepada orang lain yang justeru merosakkan hati kita.

7. Penyakit jantung bukan hanya diakibatkan oleh sumbatan pada aliran darah ke jantung, tapi sebab jarangnya bersedekah membuatkan jantung kita kurang merasakan ketenangan, sehingga degupannya tidak stabil.

Dan masih banyak lagi.Antara faktor-faktor penyebab penyakit adalah kerana masalah

- Spiritual 50%
- Psikologi 25%
- Sosial 15%
- Fizikal 10%

Maka benarlah firman Allah
Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebagian besar dari kesalahan-kesalahanmu. Dan kamu tidak dapat melepaskan diri (dari azab Allah) di muka bumi, dan kamu tidak memperoleh seorang pelindung dan tidak pula penolong selain Allah. QS: As-Syuura 42 :30-31
Jadi kalau kita ingin selalu sihat, perbaiki diri kita, fikiran kita, terutama hati kita dari penyakit hati, hasad, hasad, iri, dengki, dendam, fitnah, ghibah, riya, ujub, ego, sedih, marah, takabbur sombong, angkuh dan lain-lain.

C&P

Mar 8, 2017

Segmen "Hasrul Hassan Bantu Trafik Blog Meroket"

Segmen Hasrul Hassan Bantu Trafik Blog Meroket

Syarat Penyertaan

Anda hanya perlu penuhkan syarat-syarat di bawah sahaja, bila syarat dibawah dipenuhi, maka nantikan sahaja magik yang membuatkan trafik blog anda meroket tanpa anda sedari ... :) Saya jamin 100% trafik anda akan naik luar biasa selepas join segmen saya ini.

Orait. Nak join? Penuhi syarat berikut ye ...
  1. Peserta mesti ada blog.
  2. Peserta diwajibkan untuk buat satu post ringkas dengan meletakkan banner segmen ini dalam post berkenaan. Banner tersebut mesti link ke blog/post ini.
  3. Dalam post tersebut, sila letakkan satu URL blog post anda yang anda mahukan trafik meroket. 
  4. Wajib untuk LIKE page HASRULHASSAN.COM (klik sekarang dan LIKE)
  5. Wajib untuk LIKE page BISNES ONLINE TANPA MODAL (klik sekarang dan LIKE)
  6. Wajib untuk FOLLOW Google Profile Hasrul Hassan (klik dan FOLLOW)

semoga trafik blog aku jadi sesuatu yang owsem..

GST



Ya Allah..


Kami dah jadi Geng Sudah Tua (GST)....jangan pula jadikan kami Golongan Susah Tidor (GST), Ya Allah, sebaliknya jadikan lah kami Golongan Solat Tahajjud (GST). Bantulah kami bina Generasi Sayang Tuhan (GST). Ya Rahman, jadikan kami Generasi Solat Terkhusyuk (GST). Ya Allah, jadikan juga kami Geng Surau Tetap (GST) ... berjemaah d surau n masjid...In sha Allah..

Dan hindarilah anak cucu kami dari menjadi Geng Subuh Terlajak (GST)...


Mar 4, 2017

Tafsir Surah yasin yang sering kita terlepas pandang

UmMU HaZiQ cOlleCTion:
"ADA APA DENGAN SURAH YASIN???"
===============================

Kita sering kali membaca Surah Yaasin.. 📖📖📖
tetapi pernahkah kita memahami setiap baris ayat tersebut..

Sekadar Perkongsian Bersama..
Surah Yaasin

Pengertian Setiap Ayat :
Ayat 1 - 9 - Untuk keselamatan diri

Ayat 9 - Orang jahat tak nampak kita terutama orang kafir.

Ayat 12 - Merupakan Jantung Yaasiin - Rasulullah s.a.w. berharap ayat ini dihafal oleh setiap mukmin dan mukminat.

Ayat 13 - 35 - Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.

Ayat 22 - 23 - Untuk menjaga aqidah memberi hidayah kepada anak.

Ayat 29 - Sebagai amalan untuk mengelakkan diri daripada difitnah dan kejahatan mulut.

Ayat 29 - Untuk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah atau aniaya kita.
Lebih elok selepas baca di semburkan ke muka orang tersebut.

Ayat 30 - Untuk keinsafan - Supaya dapat dipertemukan dengan Allah s.w.t. (harus sentiasa berada dihati - beramal dengannya).

Ayat 32 - Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik.
Caranya - Ingat yang segalanya datang dari Allah s.w.t, kita umat Muhammad s.a.w, kita orang Islam dll.

Ayat 33 - 35 - Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Tanaman akan subur.

Ayat 36 - Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan.
Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh.
Caranya : Baca dan berdoa, hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.

Ayat 37 - Adalah untuk menetapkan hati - aqidah diri sendiri... Hati yang kering akan hidup semula.

Ayat 38 - Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah s.w.t. yang satu.

Ayat 39 - Mengisahkan ilmu falak.

Ayat 40 - Merupakan kenyataan Allah s.w.t. yang satu.

Ayat 41 - Mengisahkan Nabi Noh a.s. naik kapal, elok dibaca sewaktu menaiki kenderaan.

Ayat 44 - Mengisahkan keseronokan hidup di dunia - dibaca untuk menjauhkan fitnah dalam hidup.

Ayat 45 - 48 - Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s.w.t.

Ayat 49 - Menceritakan hari akhirat dan kehidupannya.
Tiupan pertama - Datang dengan tiba-tiba
Tiupan ke-dua - Hancur
Tiupan ke-tiga - Semua orang dihidupkan semula dan hadir di padang Mahsyar.

Ayat 50 - Setiap orang akan dihisab mengikut amalannya.

Ayat 58 - Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala, baca dan sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3 kali.

Ayat 76 - Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan.

Ayat 77 - Jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa. Sambil pegang dan urut dada, bacalah ayat tersebut.

Ayat 78 - 79 - Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan. Untuk doa bermula daripada ayat yang bermaksud : "dia berkata, Siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?"

Ayat 78 dan 79 - Bacalah jika sakit tulang, urat atau tulang patah.

Ayat 80 - "Katakanlah, yang akan menghidupkannya ialah yang menciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk."

Ayat 82 - Untuk Hajat - Jika berhajat sesuatu, bacalah 100 kali. Dibaca pada air dan minum selama 40 hari.


Mar 1, 2017

SELAMAT DATANG MAC!~

Assalamualaikum


Semoga bulan baru ini memberi seribu kebaikan dan keajaiban kepada kita.
#moodmasihmenantizuriat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Designed by Beautifully Chaotic