tolong bayar hutang aku plezz

by - February 25, 2018

stress betul kan nak menghadap peel orang.
Ada macam2 karenah ..
kalau yang ok tu ok la kalau dapat yang menguji kesabaran nie memang letih..matilanakk

ok apa yang aku bebel nie kan.Mesti korang pernah rasa macam apa yang aku rasa sekarang nie.

Sebenarnya aku nak meluahkan rasa tidak puas hati mengenai seseorang.
Nak dijadikan cerita pada hujung tahun lepas si A ni wasap aku ..
katanya nak pinjam duit dan berjanji akan bayar pada 8. 1 .2018
Memandangkan si A ini adalah orang yang aku rapat dan boleh dipercayai even sebelum ni dah macam2 perkara x baik yang aku dengar tentang si A nie.Aku malas nak amik port pun semua tu sebenarnya ..

Jumlah yang si A ni nak tu tak banyak mana tapi bagi aku yang bukan dari kalangan orang have-have agak besar jugak jumlah nya..Pada mula nya agak berat untuk aku bagi tapi pas minta pendapat suami, suami izinkan so aku bagi jugk.

Pada 8hb tu aku masih belum dapat duit aku.Takpelah aku bersangka baik mungkin si A ini akan bayar pada keesokan harinya.Keesokan harinya, masih senyap jugak.

Aku wasap dengan nada yang baik dan ayat yang habis tersusun untuk tanyakan bila nak jelaskan duit aku.Alasan yang aku terima tak cukup lagi duit.Ok,aku sabar.Aku terima alasan tersebut.Aku  bagi peluang untuk si A jelas kan dalam masa 2 minggu..
Tapi wasap aku tidak berjawab hanya tinggalkan bluetick sahaja.
Bagi aku takpe la x jawab pun janji 2 minggu lagi aku dapat duit aku semula.Harapan aku besar sangat masa tu..aku memang perlukan duit sebab aku nak checkup doktor.Bukan aku berkira ye.

Selang 2 minggu ..masih lagi krik2..
Aku pun wasap.
Kali ni aku rasa macam dah hilang sikit rasa sabar.Mungkin cara aku agak mendesak ..
Jadi agak panjang wasap yang aku hantar.
dan apa yang aku dapat hanya lah bluetick sahaja.
Dah baca tapi tak balas..

korang rasa macam ne?
sabar lagi ke?
semalaman aku tunggu si A ni reply wasap aku dan esoknya aku tanya lagi ..kenapa diam?

dan apa yang aku dapat adalah makian dari si A tu...
Allah sedih yakmat hati aku.Aku tunjuk ayat yang aku beri semalam pada si A kepada suami aku ..dan suami aku cakap ayat aku masih ok lagi takde tanda marah atau kurang ajo.Jadi salah tang mana yang aku harus dipersalahkan dengan mengatakan aku tiada adab?Adakah ini trick si A untuk lari dari membayar hutang..?

si A salahkan pada pakaian aku katanya apa guna berpurdah tapi adab dengan orang takde.
Ya Allah ...
Bagi aku cara aku wasap pada si A sebelum ini takde yang berunsur penghinaan malah aku ceritakan masalah aku kenapa aku nak duit aku semula dengan segera.Aku dah seolah macam peminta sedekah..
tapi jawapan si A membuatkan aku rasa betul2 hilang sabar.

Aku hanya menjawab "Kalau ye aku yang salah, salah pada aku.. bukan pada pakaian aku .Dan jika ko nk cakap pasal adab..habis tu ko punya adab dalam berhutang macam ne.Bila dah berjanji nak bayar pada tarikh sekian sekian maka tunaikan ..."

Wasap aku dibiarkan sepi macam tu je hinggalah ke saat ini tuptup aku kena block.wey..apa salah aku nie....
Sejujurnya aku dah tawar hati dengan perangai si A.Baru sekarang aku mengiyakan apa yang aku dengar mengenai perangai mengenai si A.

Mula2 aku rasa memang tak puas hati sungguh apa salah aku depa buat aku macam nie.
Tapi lama2 aku dah mula untuk belajar menerima hakikat bahawa depa memang tak kan bayar sampai bila2 .Dengan meletakkan kesalahan itu dibahu aku.Takpalah ingatkan dalam drama je kisah macam nie..rupanya kena kat batang hidung sendiri.

.InsyaALLAH Allah akan gantikan yang lebih baik.

Aku cuma doakan kepada si A itu untuk bertaubat kerana HUTANG WAJIB DIBAYAR WALAU TIDAK DITUNTUT.

kbai,...







You May Also Like

6 comments

  1. Ramai yang camni dalam masyarakat kita ni. Masa nak macam-macam bila dapat ada-ada je. Kalau ye xboleh bayar lagi bagitau je la jangan menyepi je

    ReplyDelete
  2. Adehhh... sabar je la sis
    Singgah hari minggu :D
    https://theathra.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. sepatutnya dah pinjam tu pandai-pandai lah bayar..kalau tak dapat bayar atas alasan munasabah mungkin kita akan menerima dengan baik..bukan mendiamkan diri.. macam pengemis pulak kita asyik minta hutang padahal dia yang berhutang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terimakasih sis sebab faham ...:(
      org sana tu yang kurg fhm..

      Delete