Kalau aku jadi Tuhan?

by - April 07, 2018

Apabila ada dua orang ahli parlimen yang bertikam lidah dan akhirnya salah seorangnya daripadanya dengan nada marah berkata ,

“ Kalau saya Tuhan , saya tidak akan menjadikan awak . “

Maka , jelaslah disini bahawa ahli parlimen itu sudah jatuh akidahnya kerana dia mempersoalkan kenapa Tuhan menjadikan seseorang itu sedangkan kalau dia menjadi Tuhan , dia tidak akan menjadikan orang tersebut . Dia sudah menganggap Tuhan itu bersifat dengan sifat lemah , sedangkan kita belajar dalam ilmu tauhid Tuhan itu bersifat dengan sifat kamalat iaitu bersifat dengan sifat kesempurnaan . Dan , mustahil bagi Tuhan bersifat dengan sifat lemah dan bersifat dengan sifat kekurangan . Dia juga menafikan sifat ilmu yang ada pada Tuhan yakni dia menafikan ilmu Tuhan dalam menjadikan sesuatu perkara itu baik dan buruk .

Kisah ini kita boleh kita ibaratkan seperti seorang perkerja yang mempersoalkan ketidakpuasan hati kepada ketuanya dengan berkata ,

“ Kalau aku jadi bos , aku tak ambil budak tu jadi pekerja . “

Disini kita dapat faham bahawa pekerja itu menganggap ketuanya lemah sedangkan kalau dia menjadi ketua dia tidak akan mengambil orang itu sebagai pekerja . Dia mempertikaikan kerja dan kuasa yang ada pada ketuanya .

Kesimpulannya yang kita dapat ambil daripada kisah ini ialah pada akhir zaman ini setinggi mana pun ilmu kita , setinggi mana pun pangkat kita . Jika kita tidak belajar ilmu tauhid , maka kita akan nampak sangat rendah dari segi akal fikiran apabila bercakap . Kita akan bercakap mengikut nafsu bukan berpandukan ilmu . Maka , benarlah kata ulama awal-awal agama itu ialah mengenal Tuhan iaitu belajar ilmu tauhid . Kemudian barulah melakukan amal ibadah dengan belajar ilmu fekah . Dan , akhirnya menjaga amal ibadah kita seperti dari riak , ujub , takkabur dengan belajar ilmu tasawuf yakni menjaga hati .

@thetazkirahiman

You May Also Like

0 comments